AL-NAKBA

Sedang ratusan ribu rakyat Palestin bergelandangan dan terpaksa meninggalkan rumah, bandar dan kenangan mereka; mencari tempat untuk menguburkan para pejuang yang syahid dan tempat perlindungan untuk anak-anak mereka, para pemimpin pergerakan Zionis pula sedang berkumpul untuk mengumumkan penubuhan sebuah entiti baru di tanah mereka yang diusir, mereka mengisytiharkan “Israel”, yang menyebabkan kemunculan Al-Nakba.

about 1

Dalam bahasa Arab (النكبة) al-Nakba bermaksud malapetaka atau bencana, satu istilah yang menggambarkan seksaan rakyat Palestin apabila tentera Zionis menduduki hampir semua tanah Palestin dan terus menamakan “Israel” sebagai negara bangsa Yahudi pada 14 Mei 1948 .
Al-Nakba bukanlah sekadar sebuah bencana, atau hanya sekadar hari yang menyedihkan dalam kehidupan rakyat Palestin. Ia adalah kisah berpanjangan yang menceritakan ketidakadilan, kelicikan, pendudukan haram, pencerobohan, pembersihan etnik, pembunuhan dan perpindahan secara paksa, termasuklah perihal lain yang merungkaikan rasa sakit, kenangan pahit, ketidak-cukupan, mencari perlindungan, penentangan juga impian tentang hari kepulangan mereka.
Dalam perenggan seterusnya, “Yayasan Al-Quds Malaysia” menjejaki peristiwa-peristiwa yang membawa kepada al-Nakba dan menyiasat hasilnya secara fokus dan ringkas.

Permulaannya

1897-1917

 Kita dapat mengatakan bahawa antara punca berlakunya peristiwa Nakba bermula sejak lewat abad ke-19, ketika Palestin masih sebahagian daripada Empayar Ottoman.  Pada masa itu, semangat nasionalisme Yahudi yang digelar Zionisme, mula berkembang di Eropah.

Bapa  politik Zionisme ialah seorang Yahudi berbangsa Austro-Hungaria, Theodor Herzl. Semasa Kongres Zionis yang pertama 1897 di Basel, bukan sahaja gagasan Zionisme yang mula diperkembangkan secara meluas, tetapi pelbagai institusi juga telah diwujudkan. Kongres Zionis pertama mengumumkan penubuhan “Pertubuhan Zionis Dunia” yang pada dasarnya bertujuan untuk menubuhkan sebuah penempatan bagi bangsa Yahudi di Palestin, bawah sokongan dan perlindungan kuasa antarabangsa.Untuk mencapai matlamat ini, program Zionis tersebut ditubuhkan untuk menggalakkan orang Yahudi di seluruh dunia untuk berhijrah dan menetap di Palestin.

nak1 1

Deklarasi Balfour tahun 1917 

Zionis berjaya mencapai langkah pertama ke arah negara mereka sendiri dengan Deklarasi Balfour pada 2 November 1917. Menteri Luar British pada masa itu, Balfour, dalam surat kepada organisasi Zionis di Britain, menyatakan kesediaan kerajaan British untuk menyokong mereka dalam mewujudkan sebuah penempatan untuk bangsa Yahudi di Palestin. Pada masa itu, nama-nama warga Palestin langsung tidak disebutkan dalam surat tersebut walaupun lebih dari 91% daripada mereka merupakan penduduk tanah Palestin. Terbuktilah, mereka didefinisikan atas identiti mereka (bukan Yahudi), dan perkara ini terus menetapkan status “halimunan” mereka yang kemudiannya terus kekal sebagai tinta hitam dalam segala perbincangan rasmi mengenai masa depan mereka secara berterusan.

Zionism Di Bawah Tajaan British

1918 – 1948

Britain mula menduduki Tanah Palestin sejak Empayar Uthmaniyyah sebaik sahaja selepas perjanjian mereka dengan Yahudi yang mana dikenali sebagai “Deklarasi Balfour”. Bermula 1918, Palestin sepenuhnya berada dibawah penjajahan British. Sejak itu, Britain telah meneruskan polisi Zionis yang bertujuan untuk mengosongkan tanah rakyat Palestin untuk orang Yahudi, meningkatkan bilangan pendatang Yahudi dari Eropah, dan menubuhkan institusi-institusi untuk membina “negara Yahudi pada masa depan”. Selain itu, penjajah Yahudi juga telah menindas dan memanipulasi rakyat Palestin.

Beberapa peraturan berkanun diperkenalkan oleh Pesuruhjaya Tinggi British di Palestin yang pertama (Herbert Samuel) sejak tahun 1920, yang  mempromosikan pembangunan infrastruktur ekonomi dan sosial yang berasingan untuk masyarakat Yahudi. Teks Mandat tersebut langsung tidak menyatakan langsung tentang hak kebangsaan untuk penduduk berbangsa Arab, yakni sebahagian besar dari penduduk Palestin. Berikutan Deklarasi Balfour dan penurutan Mandat, terdapat peningkatan besar dalam imigrasi orang Yahudi ke Palestin. Dalam gelombang imigresen ketiga (1919-1923), kira-kira 35,100 orang Yahudi dipindahkan ke Palestin. Pada gelombang keempat (1924-1931) pula, sekitar 78,898 orang Yahudi telah dipindahkan ke Palestin, rata-ratanya dari negara Jerman, Eropah Barat dan Poland, dan gelombang emigrasi kelima dalam tempoh tersebut (1932-1939)  pula merupakan penghijrahan paling penting dalam sejarah pergerakan Zionis, dimana kira-kira (224,784) orang Yahudi dipindahkan ke tanah Palestin. Penduduk asal tanah Palestin mula merasai bahang musibah yang semakin mencanak sejak berlakunya imigrasi tersebut.
Sebagai contoh, penempatan Yahudi di Tel Aviv yang terletak betul-betul di sebelah bandar pelabuhan Arab di Jaffa, berkembang dari 3,600 penduduk pada tahun 1921 kepada 40,000 penduduk pada tahun 1925. Penubuhan sebuah negara bangsa Yahudi di Palestin juga telah menjadi jelas.

map 1

Resolusi Pemisahan

Pada 29 November 1947, Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengundi untuk melaksanakan pelan rancangan majoriti dan untuk membahagikan wilayah Mandat British Palestin kepada tiga komponen, yakni sebuah “negara Yahudi” dan sebuah “negara Arab” dan akhir sekali menjadikan bandar Jerusalem sebagai “corpus separatism’’ (bandar pemisah) yang diletakkan di bawah pentadbiran PBB.

Ketiga-tiga komponen itu akan bergabung dalam kesatuan ekonomi. Bandar pelabuhan Arab di Jaffa akan menjadi milik “negara Arab” sebagai sebuah daerah. Rancangan itu tidaklah memberi tumpuan terhadap negara satu bangsa atau negara satu agama, namun ianya lebih kepada memastikan hak minoriti masing-masing diregulasi.

Perlu diingatkan: resolusi UNGA (Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu) tidak mempunyai mandat untuk mengikat atau memaksa, walau dalam piagam PBB sendiri. Resolusi itu dalam sendirinya bertentangan dengan asas pendirian pertubuhan itu (PBB), yakni hak rakyat untuk kebebasan dan penentuan nasib sendiri. Lebih-lebih lagi, rakyat Palestin, pihak paling penting yang terlibat dalam isu ini, tidak dirujuk.
Hal ini menguatkan lagi ketidakadilan jelas yang dikenakan oleh resolusi itu, iaitu cadangan pemberian sekitar 55% tanah Palestin kepada imigran Yahudi yang merupakan pihak minoriti, yang pada asalnya cuma memiliki tidak lebih daripada 6% tanah Palestin.

Zionism Menyerang Palestine

1947 – 1948

Sejurus selepas beralanannya resolusi pembahagian U.N, konflik bersenjata di Palestin bermula, dimana hampir separuh daripada jumlah 750,000-800,000 pelarian Palestin telah terpaksa meninggalkan rumah mereka. Bukan sahaja kerana tindakan ketenteraan oleh milita Zionis yang ternyata lebih kuat; tindakan keganasan dan langkah ekonomi awal oleh Zionis juga menjadi sebab yang membawa kepada pelarian dan pembuangan populasi warga Arab Palestin asal. Dengan menghalang laluan pembekalan dan menawan perkampungan sekeliling, bandar-bandar Arab paling penting untuk diserapkan kedalam “negara Yahudi” dipotong daripada bekalan bahan mentah dan  terpaksa menghadapi kebuluran.

Besarnya jumlah ahli ketenteraan Zionis Yahudi diperkuatkan lagi dengan tingginya motivasi mereka. Bukan itu sahaja, mereka menerima latihan ketenteraan yang cemerlang; ramai antara ahli militan mereka menerima latihan sebagai askar sewaktu Perang Dunia Kedua, dan sebagai ahli pertubuhan polis Zionis yang dilatih oleh British sewaktu Mandat masih berjalan. 30,000 orang ahli Hagana, disertai oleh puak militan revisionis Lehi dan Etzel (atau Irgun) yang telah menampakkan kekuatan mereka dengan melalui serangan ganas terhadap kuasa Mandatori British sebelum dan semasa Perang Dunia II turut sama bertempur bagi pihak Zionis semasa fasa ini. Panglima Ketenteraan bagi militan Etzel pada ketika ini adalah Menachem Begin, yang kemudiannya dilantik sebagai Perdana Menteri Israel. Di samping itu, terdapat 20,000 pasukan bantuan Zionis yang tinggal di pelbagai penempatan.

Di pihak Arab, hanya terdapat 2,000-3,000 orang gerila yang bertempur dibawah kepimpinan Palestin. Selain itu terdapat 2,500 hingga (paling banyak) 4,000 gerila yang kebanyakannya sukarelawan dari Syria dan Iraq melalui Tentera Pembebasan Arab di bawah pimpinan Liga Arab. Pada mulanya, penghalang jalan dan serbuan pertumpahan darah di perkampungan Palestin atau penempatan Yahudi adalah aspek utama. Dalam tempoh hanya enam minggu sehingga 10 Januari 1948, konflik ganas menelan 1,974 nyawa dari kedua belah pihak; dan sehingga 31 Disember 1947, 205 antara mereka adalah berbangsa Yahudi. Satu penguatan strategi militan Zionis yang besar berlaku pada bulan April 1948, ketika Zionis mula melaksanakan Pelan Tentera D (Dalet) mereka. Mulai April, pembunuhan penduduk Palestin juga turut meningkat, dan terus terjadinya penyebaran perasaan takut yang besar, kemudiannya menyebabkan kenaikan tinggi dalam jumlah pelarian.

Antara contohnya  adalah pembunuhan beramai-ramai di Deir Yassin pada 9 April 1948. Dengan pelaksanaan “Pelan D” dalam beberapa serangan, militan Zionis berjaya menakluki lebih dari 200 bandar dan kampung dan mengusir penduduknya, sebelum pengisytiharaan Israel sebagai sebuah negara pada 15 Mei 1948, dan oleh itu sebelum walau sebuah tentera Arab melangkah masuk ke tanah Palestin.

  • Petikan dari diari perang David Ben-Gurion, Perdana Menteri Israel yang pertama, pada 15 Jan 1948:

    "Tujuan strategik [tentera Yahudi] adalah untuk menghancurkan masyarakat di kota,iaitu populasi masyarakat yang paling teratur dan celik politik dalam kalangan rakyat Palestin.
    Ianya tidak dilakukan secara pergaduhan antara rumah-kerumah dalam kota dan bandar, tetapi dengan penaklukan dan pemusnahan kawasan-kawasan luar bandar yang mengelilingi kebanyakan bandar bandar itu.  Teknik ini berjaya menyebabkan keruntuhan dan penyerahan  bandar Haifa, Jaffa, Tiberias, Safed, Acre, Beit-Shean, Lydda, Ramleh, Majdal, dan Beersheba.

    Apabila berlakunya sekatan pengangkutan, makanan dan bahan mentah, masyarakat bandar akan jatuh kepada proses perpecahan, kekacauan, dan kelaparan, yang akhirnya memaksa mereka untuk menyerah diri. "

  • Moshe Sharett, Israel's second Prime Minister (1953-1955)

    "We have forgotten that we have not come to an empty land to inherit it, but we have come to conquer a country from people inhabiting it."

Penubuhan “Israel”

Pada 14 Mei 1948, sehari sebelum tamatnya Mandat British, David Ben-Gurion mengisytiharkan penubuhan sebuah negara Yahudi di Eretz Israel, yang dikenali sebagai Negara “Israel”. Dua pemimpin kuasa besar, Presiden Amerika Syarikat, Harry S. Truman (de facto) dan pemimpin Soviet Joseph Stalin, terus mengesahkan negara baru itu, sementara Liga Arab yang enggan menerima rancangan pembahagian PBB, menegakkan hak penentuan nasib sendiri untuk orang Arab di seluruh Palestin, di sambil menegaskan bahawa ketiadaan kuasa perundangan memaksa adanya campur tangan demi melindungi kehidupan dan harta benda orang Arab.

Bahasa Melayu

Perang 1948

Rakyat Palestin menanggung beban peperangan ini sendiri dalam tempoh enam bulan pertama, dengan bantuan dari para sukarelawan yang terhad, kerana negara-negara Arab enggan menghantar pasukan mereka sehingga Britain meninggalkan Palestin. Pada 14 Mei 1948, Pesuruhjaya Tinggi British terakhir meninggalkan Palestin, dan David Ben-Gurion terus mengisytiharkan penubuhan “Negara Israel”.
Pada 15 Mei 1948, negara -negara Arab mengisytiharkan perang ke atas entiti Zionis “Israel”. Penglibatan enam tentera negara-negara Arab melahirkan sebuah lagi tragedi. Mereka hanya menghantar 24 ribu pejuang Arab untuk menentang lebih daripada 65 ribu pejuang Yahudi Zionis. Mereka juga terpaksa berperang dalam keadaan dimana tiada koordinasi antara pasukan dan mereka tidak tahu selok belok rupa tanah sekeliling, selain kurangnya senjata moden yang efisien.Terdapat beberapa dalam kalangan tentera ini menghabiskan masa dengan mengambil senjata warga Palestin, bukan dengan memberikan mereka senjata.

Natijah Al-Nakba

800,000

800,000

Pelarian Palestin
(1947-1948)

78%

78%

Dari tanah rakyat Palestin telah dirampas

15,000

15,000

Rakyat Palestin terbunuh ketika fasa pembersihan etnik

73

73

Sekurang-kurangnya 73 pembunuhan beramai-ramai telah disahkan

531

531

Buah kampung dan bandar telah dimusnahkan

84%

84%

dari Bandar Al-Quds kini berada di bawah penjajahan

Hak-untuk-Pulang

Bersandarkan andaian berlakunya aliran besar pelarian, pada Resolusi 11 Disember 1948 Resolusi 194 (III), yang dikenali sebagai “Resolusi Hak untuk Pulang Hak,” telah diluluskan oleh Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Ia didasarkan pada Perisytiharan Hak Asasi Manusia yang diterima pakai oleh Perhimpunan Agung U.N.
Resolusi 194 (III), menyatakankan bahawa “pelarian yang ingin kembali ke rumah mereka dan hidup dengan damai bersama jiran-jiran mereka hendaklah dibenarkan berbuat demikian pada tarikh yang paling awal ianya dapat dilaksanakan, dan pampasan itu harus dibayar ke atas harta benda bagi mereka yang memilih untuk  tidak pulang dan kehilangan atau kerosakan kepada harta benda yang, di bawah prinsip undang-undang atau ekuiti antarabangsa, hendaklah dilaksanakan oleh Kerajaan atau pihak berkuasa yang bertanggungjawab. “
Akibat kegagalan komuniti antarabangsa untuk memastikan ‘Israel’ melaksanakan keputusan ini selama 70 tahun yang lalu hingga kini, sempadan timur Jalur Gaza menyaksikan perarakan masuk yang besar (Great Return March) oleh puluhan ribu rakyat Palestin yang berusaha untuk melaksanakan hak mereka untuk pulang.
Pasukan ‘Israel’ (IOF) telah menindas mereka yang berarak dengan aman dengan melancarkan peluru hidup dan gas pemedih mata.Setakat ini, 35 orang telah dibunuh dan beribu-ribu cedera.

Situasi pelarian Palestin hari ini 

Kerana Al-Nakba, rakyat Palestin yang di paksa meninggalkan kediaman mereka; telah diusir ke kawasan Palestin yang belum diduduki pada masa itu (Tebing Barat dan Jalur Gaza). Kebanyakannya telah diusir ke negara-negara jiran: Jordan, Syria, Lebanon, Iraq, Mesir, dan negara-negara lain dalam bilangan yang lebih kecil Pada Disember 1949, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dan Agensi Pekerjaan untuk Pelarian Palestin (UNRWA) telah ditubuhkan sebagai organisasi bantuan kemanusiaan oleh Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk ratusan ribu pelarian Palestin. Apabila ia memulakan beroperasi pada bulan Mei 1950, ia mencatatkan 914,221 pelarian. Hari ini, ia melindungi hampir lima juta pelarian di Timur Dekat. Tugas UNRWA adalah untuk memenuhi keperluan asas para pelarian. Ini terdiri daripada keperluan pendidikan dan penjagaan kesihatan, perkhidmatan sosial dan bantuan kecemasan, dan penginapan dan infrastruktur di kem-kem pelarian. UNRWA  menjalankan kegiatan-kegiatannya di Lebanon, Jordan, Syria, dan wilayah-wilayah yang diduduki di Tebing Barat dan Gaza. Organisasi bantuan tersebut terus-terusan mengalami kekurangan pembiayaan, oleh itu membawa kepada keterbatasan perkhidmatannya untuk para pelarian. Keadaan telah menjadi lebih buruk bagi mereka ini selama beberapa dekad oleh konflik ketenteraan yang sentiasa berulang di kedua wilayah yang diduduki, di Lebanon dan hari ini di Syria

Nakba Tube