Al-Nakba: Fakta dan bilangan
Apabi berakhirnya perang, Israel berjaya mengalahkan tentera Arab dan berjaya merampas 78% tanah Palestin kecuali Jalur Gaza yang ketika itu ditadbir oleh Mesir, sementara pasukan ketenteraan Jordan menjagaTebing Barat, termasuk bahagian timur Jerusalem.
Walau dalam pelan pembahagian PBB Israel diberi 56% dari tanah Palestin, pada akhit peperangan, 78% dari wilayah Mandat British sudah berada dibawah kawalannya. Dari beratus-ratus pekan dan kampung, 750,000 penduduk Palestin telah diusir, dan kira-kira 150,000 yang kekal tinggal di “wilayah Israel”-Palestin yang dijajah-Justeru, lebih daripada 80% penduduk asal Palestin kehilangan tanah air mereka—kini digelar wilayah Israel . Tanah, bangunan, perniagaan, ladangan, dan simpanan akaun bank mereka dirampas tanpa ganti rugi.
- Antara 750,000 dan satu juta: Bilangan rakyat Palestin yang dihalau dan dipaksa menjadi pelarian oleh para militan Zionis dan kemudiannya pasukan tentera Israel, semasa pertubuhan negara Israel pada tahun 1947-49.
- Antara 250,000 dan 350,000: Bilangan rakyat Palestin yang diusir dari rumah mereka oleh para militan Zionis dari mula pembentangan pelan pembahagian PBB pada November 1947 sehingga deklarasi kemerdekaan Israel pada 15 Mei 1948 – sebelum mulanya perang dengan negara-negara Arab berjiran.
- Lebih daripada15,000: Bilangan syahid Palestin yang terbunuh sepanjang Al-Nakba.
- Kira-kira 7.1 juta: Jumlah pelarian dari Palestin sehingga tahun 2011, termasuk mangsa Al-Nakba dan keturunan mereka.
- Mereka kebanyakannya menetap di pendudukan Tebing Barat dan negara-negara Arab berjiran seperti Lebanon, Jordan, dan Syria. UNRWA mengisytiharkan 5,149,742 pelarian yang berdaftar secara keseluruhan, 1,603,018 daripadanya didaftarkan di kem-kem pelarian:
- Kira-kira 50%: Jumlah penduduk Palestin a tinggal di luar sempadan bersejarah Palestin secara paksa.
- Kira-kira 150,000 : bilangan rakyat Palestin yang tinggal di kawasan yang akhirnya menjadi sempadan Israel pada tahun 1948, dan ramai di antara mereka telah diusir keluar dari tempat tinggal mereka. Hari ini, terdapat kira-kira 1.6 juta warganegara “Israel” dari bangsa Palestin, dimana mereka terpaksa hidup sebagai warga kelas kedua di tanah air mereka sendiri,; dipaksa menuruti lebih daripada 50 undang-undang yang mendiskriminasi mereka kerana mereka bukan berbangsa Yahudi.
- Dua undang-undang telah diluluskan untuk memastikan bahawa negara yang baru diwujudkan dapat mengekalkan majoriti Yahudi: Undang-Undang Kepulangan (1950), yang memberi hak kepada orang Yahudi dari seluruh pelusuk dunia untuk berhijrah ke Israel dan mendapat kewarganegaraan; dan Undang-Undang Kemasukan ke dalam Israel ( 1952) yang dirangka untuk menghalang pulangnya pelarian Palestin.
Sekurang-kurangnya tujuh dozen: Jumlah pembunuhan orang awam Palestin oleh Zionis dan tentera Israel, yang memainkan peranan penting dalam memacu pelarian warga Palestin dari tanah air mereka. - Kira-kira 100: Bilangan orang awam Palestin, termasuk wanita dan kanak-kanak yang disembelih di bandar Deir Yassin pada 9 April 1948, oleh ahli pengganas militan Irgun dan Stern Gang,
- Lebih dari 531: Bilangan kota, bandar dan kampung Palestin yang dimusnahkan secara sistematik oleh tentera Israel, atau dipopulasikan semula oleh orang Yahudi antara tahun 1948 dan 1950.
- Kira-kira 17,178: Bilangan kilometer persegi tanah Palestin yang dirampas oleh Israel semasa dan sejurus selepas penubuhannya pada tahun 1948.
- Kira-kira 10%: Jumlah tanah bersejarah Palestin yang tinggal kini bawah kawalan warga Palestin.
- Antara 100 dan 200 bilion: Anggaran jumlah kerugian wang oleh rakyat Palestin yang terpaksa meninggalkan harta benda mereka sewaktu penubuhan Israel, dalam dolar US kini.