Keadaan Pelarian Palestin
Masalah pelarian Palestin timbul dari dasar sistematik pembersihan dan pembersihan etnik, dimana hasilnya jelas dilihat di kem-kem pelarian dan diaspora penduduk Palestin (pembuangan negeri).
Dasar Zionis adalah untuk mewujudkan tanah air eksklusif untuk orang Yahudi di Palestin, sebuah rantau yang sudah mempunyai penduduk asal pribumi dengan sejarah yang mencecah ribuan tahun.
Pencirian Palestin sebagai “tanah tanpa rakyat untuk rakyat tanpa tanah” adalah mitos yang dicipta untuk memberi ilusi bahawa tanah Palestin sedang menunggu untuk dihuni.
Ini tidak benar sama sekali, dan ianya telah dibuktikan melalui kekejaman Zionis sejak tahun 1948.
Pada tahun 1948, 750,000 orang Palestin telah dihalau atau terpaksa melarikan diri dari rumah mereka untuk mencari perlindungan di negara-negara jiran.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menubuhkan sebuah agensi untuk mendaftar dan melindungi pelarian-pelarian ini dengan cepat, dan pada tahun 1950, sejumlah 914,000 daripada mereka telah didaftarkan.
Kini, jumlah pelarian dari Palestin yang didaftarkan dengan Agensi Bantuan dan Kerja PBB untuk Pelarian Palestin di Timur Dekat – atau dikenali sebagai UNRWA – dianggar mencecah 5.1 juta, dengan 3.5 juta lagi tidak berdaftar. UNRWA adalah badan PBB terbesar hingga kini, menggajikan lebih dari 25,000 orang pekerja. Jordan merupakan tuan rumah kepada pelarian Palestin terbesar – hampir 1.8 juta orang.
Majoriti pelarian Palestin tinggal tidak jauh dari tanah penempatan asal mereka, sama ada tetap di tanah air mereka sendiri atau di negara-negara jiran. Lebih separuh daripada populasi pelarian tinggal di Jordan. Kira-kira 37.7% yang lain tinggal di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza, yang terdiri daripada kira-kira 50 peratus daripada penduduk di kawasan tersebut. Kira-kira 15% tinggal dalam jumlah hampir sama di Syria dan Lubnan. Kira-kira 355,000 warga Palestin yang berpindah secara dalaman tinggal di tanah berpendudukan 1948.
Para pelarian yang lain tinggal di seluruh dunia, termasuk seluruh dunia Arab, Amerika dan Eropah. Daripada 5.1 juta pelarian yang berdaftar dengan Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNRWA), 33% tinggal di 59 kem pelarian UNRWA di seluruh Tebing Barat dan Semenanjung Gaza, Jordan, Syria dan Lubnan.
Area | Refugees | Percentage % |
West Bank | 772,700 | 9.1 |
Gaza Strip | 1,275,500 | 15 |
Occupied Palestine 1948 | 150,000 | 1.8 |
Arab countries | 5,594,700 | 66 |
Other countries | 695,700 | 8.1 |
Total | 8,488,600 | 100 |